Hidup dalam keadaan yang serba kekurangan rupanya tak menghalang seorang wanita China bernama Lu Xiaoying yang layak digelar pahlawan. Wanita berusia 88 tahun ini sehariannya yang bekerja sebagai pengutip barang kitar semula dan tinggal seorang diri kerana suaminya telah meninggal dunia. Aksi kepahlawanan Xiaoying menjadi buah bibir di China sejak diketahui bahawa ia telah menyelamatkan dan membesarkan 30 orang bayi yang ia temui di tempat pembuangan sampah.
Sejak bertahun-tahun bekerja sebagai pengutip barang kitar semula, Xiaoying seringkali menjumpai bayi yang dibuang di tempat sampah. Walaupun ia sendiri hidup susah, tapi Xiaoying tetap tak tergamak jika membiarkan bayi tersebut dibuang oleh orang tuanya. Oleh kerana itu sejak tahun 70'an, sudah 30 bayi yang ia ambil dari tempat sampah dan ia selamatkan.
Xiaoying membesarkan bayi-bayi yang ia Temui seorang diri. Jika bayi tersebut sudah berganjak dewasa, Xiaoying akan mencarikan keluarga angkat bagi kanak-kanak tersebut, kerana ia sedar bahawa ia tak sanggup menyekolahkan dan menjaga semua 'anaknya' hingga dewasa.
Kini Xiaoying sudah berumur 88 tahun dan mengalami kegagalan buah pinggang, namun perkara tersebut rupanya tak menghalangnya menjaga 'anak bongsunya' yang ia Temui sekitar 6 tahun yang lalu di tempat pembuangan sampah ..
Walaupun hanya pengutip sisa buangan, Lou (kiri) ikhlas menjaga bayi yang ditemui bersama mendiang suaminya Li Zin (kanan).
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment