Makcik Terkedu Disimbah Cecair Putih Dalam Bas

[x]

Makcik Terkedu Disimbah Cecair Putih Dalam Bas

on Friday, 16 May 2014

Di Bintulu, seorang makcik warganegara Indonesia tergamam selepas mukanya disimbah dengan sejenis cecair dipercayai asid oleh orang yang tidak dikenali di Terminal Bas Bintulu, malam kelmarin.

Bagaimanapun, makcik terbabit amat bernasib baik kerana cecair itu tidak terkena pada matanya yang mungkin boleh menyebabkan kebutaan.

Kejadian itu berlaku pada jam 6 petang kelmarin di dalam sebuah bas yang tiba dari Miri di Terminal Bas Bintulu.

Terdahulu, menurut sumber, makcik terbabit masih tidur di dalam bas setibanya di terminal bas itu.

Tanpa diketahui puncanya, seseorang dikatakan menaiki bas berkenaan lalu menyimbah cecair ke muka makcik terbabit.

Makcik tersebut yang terkejut terus bingkas dan membuka matanya, tetapi tidak melihat sesiapa yang bertindak sedemikian.

Selepas berasa pedih di muka dan lengannya, makcik itu turun dari bas dan meminta bantuan daripada orang awam yang terus membawanya ke tandas di terminal itu untuk mencuci muka dan menyapukan krim.

Kemudian, pihak hospital dan polis yang dihubungi bergegas ke tempat kejadian untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pemandu bas dan orang ramai di terminal itu.

Berdasarkan siasatan awal polis, ada orang awam mendakwa melihat orang terakhir yang keluar dari bas itu adalah seorang wanita, tetapi tidak pasti sama ada wanita itu membawa botol atau bekas berisi cecair atau sebaliknya.

Siasatan pihak polis di dalam bas tidak menemui apa-apa petunjuk, namun ada bau yang meloyakan.
Pihak paramedik yang tiba di tempat kejadian turut memeriksa keadaan muka makcik terbabit yang mengelupas kulitnya.

Dia seterusnya dihantar ke Hospital Bintulu untuk mendapatkan rawatan lanjut dan laporan polis juga telah dibuat. 
sumber: perihalnegara.blogspot.com
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved