Misteri Tasik Berdarah di Kota Sadr Mengemparkan Penduduk di Iraq .

[x]

Misteri Tasik Berdarah di Kota Sadr Mengemparkan Penduduk di Iraq .

on Thursday 1 May 2014


Warna merah yang kelihatan pada gambar di atas adalah sebuah tasik ' yang terletak di Kota Sadr , Iraq . Gambar ini ditangkap oleh Google Earth pada tahun 2007 .
 
Tasik misteri ini kemudian mencetuskan pelbagai spekulasi kerana belum diketahui mengapa berwarna merah . Hingga saat ini belum ada maklumat rasmi yang boleh memberikan penjelasan mengenai asal - usul warna merah di tasik tersebut .

Menurut laporan Time , seseorang mengaku mendapat maklumat dari sumber tertentu jika warna merah itu berasal dari rumah penyembelihan haiwan . Dilaporkan Howzit MSN Travel , walaupun dari atas warna air tasik tersebut kelihatan seperti darah , namun banyak saintis yang meragui kalau warna merah itu dari darah .

Keluasan tasik yang lebih besar jika dibandingkan dengan bangunan di sekitarnya , dipastikan memerlukan darah dalam jumlah besar untuk memerahkan tasik tersebut . Selain itu darah akan cenderung berwarna kecokelatan jika sudah mulai membusuk . Teori yang masuk akal adalah warna merah itu disebabkan kerana bakteria atau alga yang tubuhnya mengeluarkan pigmen berwarna merah .

Bakteria seperti ini termasuk dalam golongan mikroorganisma halofili yang biasanya hidup di tasik atau kolam yang mengandungi kadar garam tinggi .
sumber:http://gabancomel.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved