Mohd Mois: Tahu kawan maut

[x]

Mohd Mois: Tahu kawan maut

on Monday 19 May 2014

JEMPOL - Seorang rakan kepada tiga sahabat yang maut di jalan besar Felda Palong 9, 10 dan 11 di sini, masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah mengetahui rakannya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Felda Palong Sembilan.

Mohd Mois Ikmal Mohd Nasir, 16, yang turut terbabit dalam insiden tragis itu bagaimanapun mengalami cedera parah di anggota badan sebelah kanan dan kini berada dalam keadaan stabil.

Kelmarin dia menjalani pembedahan di HTAN sekitar jam 12.30 tengah hari sehingga jam 7.30 malam, lutut dan pahanya koyak, tiga jari kaki dan tangannya putus.

Katanya, hanya mengetahui kematian tiga rakannya itu selepas dimaklumkan ahli perubatan di klinik itu.

“Saya turut menerima rawatan di klinik sama dengan arwah. Memang sedih apabila mengetahui rakan sendiri meninggal dunia. Saya masih perlu mendapatkan rawatan susulan di HTAN, dan berhasrat untuk melawat kubur arwah sebaik keluar dari hospital,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai majlis gotong-royong sebelum kejadian terbabit, Mohd Mois berkata, dia tidak menyertai majlis berkenaan berikutan mempunyai urusan lain yang tidak dapat dielakkan.

“Sepatutnya saya menyertai mereka untuk bersihkan kubur, tetapi saya ada hal lain,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, tiga sahabat maut dalam kemalangan di jalan besar Felda Palong 9, 10 dan 11 kira-kira jam 9.30 malam membabitkan empat motosikal yang ditunggang oleh empat remaja belasan tahun.

Tiga motosikal yang dinaiki tiga mangsa datang dari arah jalan Felda Palong 16, manakala sebuah lagi motosikal yang dinaiki oleh Muhammad Faizal datang dari laluan bertentangan. Tiba di tempat kejadian kenderaan dinaiki semua mangsa bertembung antara satu dengan lain.

Tiga yang mangsa maut, sempat bergurau memilih lokasi kubur masing-masing petang sebelum kejadian ketika menyertai majlis gotong-royong di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 13.

Mangsa yang maut, Muhammad Faizal Jamalludin, 14; Mohamad Aflin Norirfan Md Jani, 15, dan Muhammad Syahreedzwan Mohmad Abdullah, 17, disahkan maut ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Felda Palong Sembilan.

sumber: http://aans1.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved