Selangor diminta henti guna air bekas lombong

[x]

Selangor diminta henti guna air bekas lombong

on Saturday 10 May 2014

Kerajaan negeri Selangor diminta menghentikan penggunaan air dari bekas lombong sebagai sumber bekalan air mentah alternatif untuk kegunaan penduduk di negeri itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, langkah itu adalah untuk sementara waktu sahaja kerana rakyat Selangor ketika ini masih bimbang dan sangsi mengenai tahap keselamatan kandungan air bekas lombong.

“Walaupun air dari sumber bekas lombong itu disahkan selamat, namun persepsi masyarakat bahawa ia tercemar dengan pelbagai toksik berbahaya. Adalah lebih baik cari pilihan lain untuk menampung keperluan air di negeri itu.

“Saya akan berbincang dengan Lembaga Air Negeri Selangor dan kerajaan negeri, kalau boleh jangan gunakan air dari bekas lombong untuk sementara waktu ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Lawatan Pemantauan Projek Bangunan Gantian Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hwa Nan, Batu Anam di sini semalam.
sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved