Tak Dapat Duit, Warga Singapura Mati Gantung Diri

[x]

Tak Dapat Duit, Warga Singapura Mati Gantung Diri

on Tuesday 13 May 2014

Agak menyediahkan dengan keputusan singkat yang dibuat umat Islam sekarang. Budaya bunuh diri semakin menjadi-jadi, kalau dulu kita sering mendengar remaja yang melakukannya, kini warga emas juga sanggup melakukannya.

Seorang lelaki warga Singapura ditemui mati tergantung di atas sebatang pokok sukon di belakang rumah kediamannya di Kampung Pulai Tengah, Jasin kira-kira jam 10.00 pagi tadi.

Mangsa bernama Talib Jumaat, 52 tahun itu dikatakan berasal dari Singapura dan balik ke rumah ibunya untuk melihat isterinya yang menetap di kampung tersebut.

Ketika kejadian ibunya ingin pergi belakang rumah lalu mendapati anaknya tergantung atas pokok tidak jauh dari belakang rumahnya kira-kira 20 meter.

Mangsa yang lengkap berpakaian berbaju T dan berseluar pendek ditemui tergantung dengan lehernya diikat dengan seutas tali.

Di fahamkan punca kejadian mangsa bertindak demikian kerana gagal mendapatkan wang dari ibunya sebelum membunuh diri.

Polis mendapati mangsa telah meninggal di tempat kejadian dengan kesan jerutan tali yang digantung.

Mayat mangsa kemudian di bawa ke Hospital Jasin bagi tujuan bedah siasat.
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved