Tradisi Kejam Seterika Buah D@d@ Anak Perempuan Di Afrika

[x]

Tradisi Kejam Seterika Buah D@d@ Anak Perempuan Di Afrika

on Sunday 4 May 2014

Semakin meningkatnya jumlah remaja perempuan di Afrika yang hamil muda kerana diperkosa atau mengalami gangguan dari seorang lelaki membuat si Ibu bimbang. Ini kerana sebahagian besar dari ibu-ibu di Afrika ini melakukan tindakan yang cukup melampau demi melindungi kehormatan anak mereka. Mereka sanggup menyeterika bahagian tubuh anak gadis mereka yang sekiranya dapat menarik perhatian lelaki iaitu bahagian payu daranya.

Ngeri, Tradisi Berdasarkan catatan dari CNN (2011) Para ibu-ibu menggunakan sebuah alu yang sudah dipanaskan untuk meratakan payu - dara si anak. Pada kajian yang dilakukan pada tahun 2006, sekurang-kurangnya terdapat 1 dari 4 remaja putri di Cameroon yang pernah mengalami hal ekstrim tersebut. Aksi ini dilakukan dengan tujuan untuk mencegah terjadinya hamil muda. Kerana sebahagian besar remaja perempuan pada usia 14 tahun sudah menimang bayi. Pekara itulah yang menjadi kebimbangan bagi Ibu.

Aksi melampau yang dilakukan oleh para ibu ini mencetuskan keburukan dikalangan anak muda. Kerana menyeterika payudara anak gadis tidak berkesan dalam menekan angka kehamilan muda remaja putri di Afrika. Selain itu juga ritual tersebut menimbulkan rasa takut yang luarbiasa dan menimbulkan tekanan batin. Maka dari itu, generasi muda Afrika ini percaya bahawa penekanan angka kehamilan muda remaja di Afrika ini boleh diatasi dengan pendidikan seksual dan adanya pantauan dari orang tua tanpa harus melakukan aksi kekerasan. Perlu adanya komunikasi yang baik antara Ibu dengan si anak.

Salah satu bukti yang mengatakan bahawa dengan menyeterika tidak mampu mencegah hamil muda iaitu terjadi pada seorang remaja Afrika bernama Terisia.Terisia hamil ketika usianya 15 tahun dan diseterika oleh ibunya sejak usia 9 tahun. Walaupun ia teah memperoleh pendidikan seks, tapi tetap hamil pada usia muda. Hal itu mungkin kerana kurang adanya komunikasi dan pantauan dari orang tua terhadap pergaulan si anak. Yang perlu dikhuatiri dari tradisi ekstrim ini adalah setelah 14 tahun berlalu sejak mengalami tradisi tersebut, rasa sakit pada bekas 'seterika' itu masih ada. Dan menurut doktor, walaupun dibedah sekalipun belum tentu boleh menyembuhkan rasa sakit itu.
sumber:http://dairishare.blogspot.com/


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved