Buaya 100kg 'tumbang'

[x]

Buaya 100kg 'tumbang'

on Friday, 7 February 2014

KUCHING – Seekor buaya tembaga jantan yang sering muncul di sekitar kolam ternakan ikan Jabatan Perikanan negeri di Santubong di sini akhirnya berjaya ditangkap pada 30 Januari lalu.


Kakitangan PPS mengangkat buaya yang berjaya ditangkap di jeti Jabatan Perikanan Sarawak, Santubong di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Pengarah Urusan Perbadanan Perhutanan Sarawak (PPS), Datuk Ali Yusop berkata, reptilia sepanjang 3.6 meter seberat 100 kilogram itu ditangkap Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar PPS kira-kira pukul 11.30 pagi di kolam berkenaan.

“Buaya ini ditangkap selepas pihak kami mengadakan operasi memburu dan memasang sangkar khas di sekitar kolam berkenaan

“Reptilia ini telah dipindahkan ke Pusat Hidupan Liar Matang di sini selepas ditangkap pada hari yang sama. Dalam kes ini, SFC meletakkan keselamatan orang awam sebagai keutamaan,” katanya di sini semalam.

Sumber : kosmo.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved