Nadia atau nama sebenarnya Nadia Haswani Hasnan, 24, berkata, dia mengakui perkara tersebut kerana persaingan dalam bidang nyanyian sangat sengit ditambah dengan ramai muka baharu yang lahir daripada program realiti.
Penyanyi dan bekas peserta program Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Nadia menganggap dunia hiburan tidak boleh dijadikan sandaran sebagai punca pendapatan hidup.
“Hakikatnya saya memang tidak boleh mengharapkan undangan nyanyian semata-mata kerana saya sedar persaingan sangat sengit dan saya perlu melakukan perkara lain untuk mencari rezeki,” katanya.
Dalam pada itu, Nadia berkata, dia tidak menyangka bakatnya dalam bidang pengacaraan telah membuka ruang kepadanya untuk menerokai bidang tersebut.
Setakat ini dia telah menjadi pengacara untuk beberapa buah program televisyen dan sedang menjalani penggambaran untuk rancangan Ideal bagi siaran RTM.
“Saya sendiri tidak menyangka mempunyai bakat sebagai pengacara namun itu adalah rezeki dan setakat ini saya selesa dengan apa yang saya lakukan sekarang,” katanya.
Antara program yang pernah menampilkannya sebagai hos seperti Over The Top, Voice Out dan Sayang Mama.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment