Penampilan Raja Ema Dikritik Teruk Oleh Peminat?

[x]

Penampilan Raja Ema Dikritik Teruk Oleh Peminat?

on Wednesday, 5 February 2014

‘Jejaka Idaman’ dan ‘Angan-Angan’ adalah antara lagu yang menaikkan nama penyanyi 80-an ini. Gaya comel dan manis Raja Ema sememangnya menjadi pujaan ramai ketika itu. Namun disebabkan beliau tiba-tiba saja menghilangkan diri dari industri seni, ramai yang tertanya apakah yang berlaku kepada beliau.

Di saat beliau dirindui, seorang pendatang baru bernama Lynnzay telah mendendangkan semula lagunya ‘Jejaka Idaman’ kepada versi baru dan sekaligus membuatkan nama Raja Ema semakin disebut ramai. Raja Ema sebenarnya masih aktif dalam bidang lakonan namun beliau tidak mencanangkan publisiti secara meluas sehinggalah kewujudan pendatang baru ini yang menyebarkan semula lagu popular Raja Ema tersebut.

Raja Ema akhirnya telah membuat ‘comeback’ pertama dengan menjadi artis kulit depan majalah terkenal, ‘Nona’ dan mengejutkan orang ramai dengan penampilannya yang kelihatan masih muda remaja dan cantik. Ada juga yang marah dan menaikkan isu tentang Raja Ema telah membuka semula tudungnya untuk mula aktif dalam bidang seni.

Dan disebabkan kembalinya beliau, mungkin beliau ingin lakukan dengan sebaiknya. Jadi penampilannya menjurus ke arah remaja dan generasi muda. Ramai juga yang mengkritik penampilannya yang dikatakan tidak sesuai dengan usianya ini.


Komen Raja Ema sendiri, “Yang paling penting niat kita. Itu hak kita nak jaga penampilan. Kakak tak kacau orang, tapi kita kena ingatlah apa yang perkara yang betul dan apa yang tidak.”

“Bagi kakak mungkin mereka tak faham dan sebab itu mereka komen macam-macam. Biarlah orang nak kata apa, kakak tetap dengan kerja kakak, yang penting fokus pada kerja dan capai cita-cita.”

“Kakak dahulu duduk rumah, besarkan anak-anak. Jadi, sekarang mereka berdua dah besar, sudah ada kehidupan sendiri. Mereka lagi suka sebenarnya.Tapi kakak tetap beri masa kualiti pada mereka. Balik kerja mesti bawa keluar dan tanya apa masalah mereka.”


“Kejayaaan itu kadang-kadang datang cepat, kadang-kadang datang lambat. Tuhan dah takdirkan pada umur kakak macamni baru buat comeback. Mula-mula sekadar nak nyanyi-nyanyi habiskan masa lapang. Tiba-tiba masuk majalah dan ramai penerbit panggil berlakon.”

Sebenarnya boleh saja Raja Ema mahu kembangkan semula karier dan kejar cita-cita walau bertudung atau berpenampilan yang kena pada usia. Namun, tidak mengapalah. Itu hak beliau. Selagi beliau tidak terlibat dalam kontroversi panas yang merosakkan imejnya, ianya sudah cukup bagus.

Pada peminat yang ingin melihat beliau bertudung semula, lebih baik didoakan yang terbaik buat beliau untuk mendapat hidayah daripada anda mengutuk dan mengkritik beliau kan?

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved