Azad Terima Tawaran Produksi Bollywood

[x]

Azad Terima Tawaran Produksi Bollywood

on Monday 19 May 2014


DALAM pada pelakon Eira Syazira dilanda kontroversi mengenai kes menyerang seorang kru produksi sewaktu penggambaran, lain pula cerita mengenai suaminya, Azad Jazmin, 38.

Boleh dikatakan rezeki Azad kini melimpah ruah bukan sahaja dalam industri perfileman tempatan, tetapi juga hingga ke peringkat antarabangsa.

Terbaru, Azad telah ditawarkan watak oleh penerbit filem Bollywood untuk berlakon sebagai pembantu kepada aktres jelita, Lara Dutta, memetik mStar Online.

“Saya kadang-kadang bingung kenapa saya dipilih dan ingatkan watak tempelan tetapi rupa-rupanya saya ada 22 babak bersama Lara.

“Bagaimanapun saya sudah bersedia untuk menyahut cabaran itu dan ia adalah peluang terbaik bagi saya mengembangkan karier lakonan di peringkat antarabangsa,” katanya yang bakal menjalani penggambaran selepas Aidilfitri nanti.

Pada masa yang sama, Azad turut menerima satu lagi tawaran berlakon dalam sebuah drama bersiri daripada rangkaian saluran televisyen BBC di London.

Namun, dia masih mempertimbangkan tawaran itu kerana dia perlu mengikat kontrak selama lima tahun jika bersetuju.

Bagi kami, jika ia memberi banyak kelebihan kepada karier Azad, tidak ada salahnya jika dia menerima saja tawaran itu.Manalah tahu, untung-untung boleh diterima berlakon untuk filem Hollywood pula, tak gitu?
sumber: http://www.suarapeople.com/
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

haha terbaekkklahhhh. .konpom kelakar xD


19 May 2014 at 21:59

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved