Boy Iman Jawab Isu Gelaran Datuk Tidak Sah

[x]

Boy Iman Jawab Isu Gelaran Datuk Tidak Sah

on Saturday 10 May 2014


Ramai pihak mempertikaikan penganugerahan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M) yang diberikan oleh Undang Luak Naning kepada pelawak Pian Cecupak, pelakon Boy Iman dan juga vokalis kumpulan Lefthanded, Nash, baru-baru ini.

ARTISMELETOP telah menghubungi Boy bagi mendapatkan penjelasannya berhubung dakwaan mengenai pengiktirafan yang membawa gelaran Datuk daripada Kerajaan Naning itu yang dikatakan tidak sah. Menurut Boy, dia juga tertanya-tanya mengenai kesahihan penganugerahan itu dan mahu pihak berwajib menyiasat tentang perkara tersebut.

“Jika benar ianya tidak sah, saya harap pihak berkuasa membuat siasatan yang sewajarnya. Saya pun nak tahu juga status pengiktirafan ini. Tapi kalau kita kaji semula, Kerajaan Naning memang ada termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malah menurut sejarah, Kerajaan Naning yang membuka Melaka dan Negeri Sembilan. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka pula, Datuk Naning menjaga 25 mukim yang merangkumi tiga perempat Melaka,” jelas Boy.

sumber: http://artismeletop.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved