Gambar sekitar majlis akad nikah Mak Mah

[x]

Gambar sekitar majlis akad nikah Mak Mah

on Saturday 17 May 2014

 Pelakon veteranMak Mah atau nama sebenarnya Ruminah Sidek, 68, selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan yang juga peneroka Felda Jelai Negeri Sembilan, Al-Fatah Rahim, 70.

Majlis akad nikah itu berlangsung di kediaman abang ipar pelakon itu di Klang kira-kira jam 9.20 pagi Sabtu yang disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid As Syarif, Meru Klang. Mohd Jani Sarman bertindak selaku saksi kepada majlis tersebut.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM300, tanpa wang hantaran berserta tujuh dulang hantaran yang berupa air minuman Twister, kasut, Al-Quran, beg tangan, kek, sejadah dan telekung. Manakala pihak lelaki pula menerima hantaran berupa tuala, tepak sirih, kek, satu set wangian, set pakaian, sejadah dan buah-buahan.

Antara selebriti yang hadir ke majlis berkenaan yang turut disiarkan secara langsung melalui
program

Nasi Lemak Kopi O ialah Abon, AR Badul, Aida Gadis Melayu, Adlin Aman Ramli dan isterinya Emelda Rosmila.




 
sumber:http://plbgaimacam.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved