Hanez Suraya Teharu Masih Dapat Sokongan Peminat

[x]

Hanez Suraya Teharu Masih Dapat Sokongan Peminat

on Friday 2 May 2014

Setelah dikecam teruk oleh masyarakat dek percintaannya dengan 'suami orang', pelakon kontroversi, Hanez Suraya, kini bangkit mengatur karier seninya.

Malah berkat kesabarannya, aktres cantik ini nampaknya semakin diterima semula oleh peminatnya.

Ini terbukti apabila kehadirannya di Pesta Buku Antarabangsa PWTC bagi mempromosikan buku Love You Mr Arrogant di PWTC, diterima baik oleh orang ramai.

Menurut pelakon Autumn Di Hatiku ini, pada awalnya dia takut berdepan orang ramai, namun perasaan itu berubah sama sekali apabila melihat peminat mula menegur dan menghampirinya.

“Alhamdulillah saya memang tak menyangka orang masih lagi menghargai lakonan saya. Saya ingin berterima kasih kepada orang ramai dan peminat yang masih lagi memberikan sokongan berterusan dan ramai yang datang pada saya minta saya bersabar dalam mengharungi cabaran menjadi anak seni,” katanya.Menurut Hanez, dia juga sangat terharu dan bersyukur kerana masih diberikan peluang dan ramai yang menilai bakat lakonannya.

Pelakon Hanez Suraya 

Menyedari masih ada peminat yang memberikan sokongan kepadanya, Hanez nekad memberikan komitmen lakonan yang tinggi selepas ini.

“Memang ramai yang kata saya dah tak ada job selepas kontroversi tu, tapi saya tak rasa ia memberikan kesan kepada saya kerana saya tolak beberapa job sebelum ini pun kerana saya terlalu tertekan.
“Jadi, selepas lihat ramai yang masih lagi setia menyokong karier saya, saya akan sentiasa memberikan yang lebih baik selepas ini,” katanya yang boleh menghela nafas lega.
sumber: http://gosipartismalay.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved