Kini selepas 11 tahun berkahwin, Pierre, 40, dan Andrea De Cruz, 39, terpaksa menelan kenyataan pahit bahawa mereka tidak boleh memiliki cahaya mata kerana tubuh De Cruz menolak sebarang ubat selepas pemindahan hati pada 2002.
Menurut De Cruz ketika dia dan Pierre menghadiri sebuah majlis pelancaran oleh Lux baru-baru ini, tubuhnya dijangka akan menolak hati yang ‘dipinjamkan’ selepas 20 tahun dan kini 12 tahun sudah berlalu.
Justeru, hanya tinggal lapan tahun sahaja lagi dan perkara ini menggusarkan mereka.
Mengakui dia dan Pierre ada terfikir untuk mengambil anak angkat sejak 2010, mereka bagaimanapun menunda hasrat tersebut kerana faktor kesibukan dan kesihatan.
Jadi buat sementara waktu ini, peneman mereka suami isteri di rumah cumalah tiga ekor anjing.
Pada 2010 kisah selebriti Singapura, De Cruz dan Pierre menyentuh hati banyak pihak apabila Pierre sanggup mendermakan sebahagian hatinya kepada De Cruz yang mengalami kerosakan hati kerana pengambilan ubat kurus Slim 10.
sumber: mynewshub
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment