Sebaliknya, Siti Rohayah yang juga penerbit CTRA Productions itu berkata semasa hari pelancaran tersebut pelakon utama teater berkenaan telah pulang dengan sendirinya tanpa pengetahuan sebelum majlis pelancaran yang dihadiri Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berlangsung.
“Khabar angin kononnya saya menghalau itu tidak benar dan ianya satu fitnah besar. Cuma pada hari itu, kami ada masalah teknikal dan Elfira hadir setelah dua kali tidak datang latihan.
“Semasa ketiadaannya saya sendiri telah menukarkan wataknya dengan seorang pelakon stand in. Pelakon baru itu yang telah menjalani latihan di tempat majlis pelancaran di aman persembahan ringkas teater itu diadakan.
“Jadi Elfira tidak dapat adakan persembahan pada hari itu kerana dia tidak menjalani latihan untuk persembahan khas pada majlis pelancaran tersebut. Tapi ketika curtain call, kami dapati dia sudah tiada dan dikhabarkan sudah pulang.
“Saya kecewa juga dia tiada di majlis pelancaran itu, tapi saya juga tak tahu apa masalah yang dia hadapi sehingga terpaksa pulang awal,” katanya lagi.
sumber:kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment