Bagaimanapun, berita tentang pembuburan itu masih belum muktamad memandangkan Zizan dan rakan kongsinya, Marina Juki sedang dalam proses membahagikan hak dan melantik peguam bagi meneliti segala hal berkaitan perundangan.
Tindakan itu turut menimbulkan spekulasi bahawa keputusan Zizan membubarkan syarikat Wireframe dikatakan diambil atas faktor hasutan teman wanitanya, Emma Maembong.
Aktres jelita tersebut bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ianya sebagai mengarut dan tidak masuk akal setelah dihubungi media.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, punca pembubaran itu disebabkan perbalahan yang berlaku antara Zizan dan Marina sejak dua bulan lalu ekoran sikap Marina yang suka mengongkong berkaitan soal peribadi termasuk kisah cintanya dengan Emma.
Sikap Zizan yang tidak mahu dikongkong orang lain dikatakan menjadi penyebab dua rakan kongsi itu mahu mengambil haluan masing-masing dengan cara baik dan tidak tergesa-gesa.
sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/
{ 1 comments... read them below or add one }
Betoi k?
18 May 2014 at 23:59
Post a Comment