
Takziah diucapkan buat penyanyi Waheeda yang dahulunya hit dengan lagu Wassini apabila bapa tercintanya, Abdul Wahab Hj Yusuf telah dilaporkan meninggal dunia, kira-kira jam 4.20 petang semalam.
Malaysian Digest.com melaporkan, Allahyarham Abdul Wahab telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, Selangor selepas menghidap kanser hati dan Hipetitis B sejak bertahun-tahun.
Pemergian arwah juga diterima oleh Waheeda beserta ibu dan adik-beradiknya dengan hati yang penuh redha. Malah dia juga menganggapnya ianya sebagai ketentuan daripada Allah SWT.
Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kota Damansara pagi tadi, kira-kira jam 9.
sumber : http://www.murai.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment