MAS Jawab Isu 'Telanjang'

[x]

MAS Jawab Isu 'Telanjang'

on Saturday 1 February 2014


Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjawab isu yang mendapat pelbagai reaksi daripada banyak pihak setelah chef terkenal negara Chef Wan merungut tentang hidangan nasi lemak yang di hidangkan kepadanya dan semua penumpang sewaktu perjalanannya ke Bangkok baru-baru ini.

Walaupun ada di kalangan rakyat Malaysia yang melihat komen Chef Wan itu sebagai keterlaluan dan seolah-olah berlagak diva kerana status beliau sebagai seorang chef terkenal tetapi merujuk kepada kenyataannya di akaun instagram jelas beliau sebenarnya menegur kerana terkilan dengan persembahan nasi lemak yang di hidangkan.Sebagai salah satu menu makanan Malaysia , beliau berpendapat hidangan itu seharusnya lebih baik kerana ia juga melambangkan keperibadian dan imej negara Malaysia di mata orang luar.

Merujuk kepada berita di Astroawani.com , Syarikat penerbangan Malaysia Airlines akan terus mempertingkat mutu makanan mereka. 

"Malaysia Airlines ingin berterima kasih kepada Chef Wan atas komen beliau tentang nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi dalam penerbangan ke Bangkok.

"Kami menghargai segala maklum balas dan akan mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan kami," kata Malaysia Airlines.(gambar atas sekadar hiasan)




Komen Chef Wan seperti yang tertera dalam akaun Instagrammya tertulis:


I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir duit naik business class. This Sad looking Nasi Lemak from Mas for sarapan sungguh memeranjat kan..The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilik nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini. Kita orang Malaysia sudah pasti la tahun akan quality Nasi lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey....what about all that international travellers. Seriously i feel sad that our Msian Breakfast can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be. Why la so much in consistency when it come to serving This dish at various destinations? Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so mcm " Telanjang la" Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul? Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?
Sikap profesional yang di tunjukkan oleh MAS wajar di puji memandangkan komen yang di buat oleh Chef Wan itu lebih kepada teguran supaya semua pihak sama-sama berusaha menjaga nama baik negara di mata dunia.

Walaupun ianya di lihat sekadar satu rungutan tetapi kesan jangka pangjangnya mampu memburukkan imej negara sekiranya pihak terlibat tidak berusaha untuk membuat penambahbaikkan.

Apa pun tahniah kepada semua pihak yang terlibat.

Sumber : UtaraNews
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved