Biasalah. Kita tak boleh nak sangkal hal ini (melobi) kerana realitinya semua orang pandai melobi. Setiap orang ada caranya. Ada yang pakai kipas, ada orang pakai alat penghawa dingin, terpulanglah pada cara mereka melobilah.
Walaubagaimanapun, ia masih terletak kepada kemahuan pihak di sana sama ada berkenan atau tidak untuk memberi anugerah.
Kalau dipergunakan (untuk kerajaan Naning cari publisiti) tidak ada salahnya. Kami tak pernah menyesal asalkan ini mendatangkan kebaikan ke jalan Allah S.W.T. Sebenarnya, ramai tak tahu, saya banyak terlibat dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan banyak usaha membantu masyarakat.
Kenapa saya menyertai PEKIDA dan saya berpangkat Ayahanda, saya juga adalah Timbalan Pengerusi Insan Prihatin Malaysia dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kerabat Aura Syifa. Macam Pian, ramai orang tak tahu, dia adalah orang kuat madrasah, kami banyak terlibat dengan amal kebajikan.
Cuma kami tak canang pada orang saja. Mungkin lembaga adat nampak usaha dan amal yang kami lakukan, sebab itu mereka nak bagi anugerah atas sumbangan aktif kami itu.
sumber: kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment