VIDEO: Pelumba MSS Maut Di Litar Sepang

[x]

VIDEO: Pelumba MSS Maut Di Litar Sepang

on Monday, 19 May 2014

Seorang pelumba Super Siri Malaysia (MSS) 2014, maut dalam kemalangan semasa sesi latihan pusingan pertama kejuaraan motosikal itu di Litar Antarabangsa Sepang, Jumaat lalu.

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam kenyataan berkata pelumba novis berusia 42 tahun itu dipercayai gagal mengawal jenteranya di 'Turn 15' sirkit itu sebelum terbabas dan melanggar penghadang tayar pada jam 4.30 petang. Mangsa beraksi dalam kategori Super Stock B dalam perlumbaan tahunan itu.

Pasukan perubatan segera dihantar ke lokasi kejadian untuk memberi rawatan awal sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya. Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia di hospital berkenaan.

Kemalangan maut di litar tersebut merupakan kali ketiga sejak 2011.

Pada kejuaraan sama tahun lalu, pelumba muda Muhammad Izzat Mohd Abdul Hakim, 17, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), lima hari selepas jenteranya terbabas dan melanggar marsyal perlumbaan sebelum berakhir sesi latihan.

Sebelum itu, pada 23 Oktober 2011, pelumba MotoGP Marco Simoncelli, 24, dari Itali terbunuh selepas terbabas pada perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia.

- BERNAMA

#Al Fatihah dan salam takziah diucapkan kepada rakan dan keluarga mangsa.
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved