Ummi Nazeera Sudah Bersara Daripada Dunia Hiburan?

[x]

Ummi Nazeera Sudah Bersara Daripada Dunia Hiburan?

on Thursday 15 May 2014

Tahukah anda sudah hampir 6 bulan Ummi Nazeera tamat belajar di Australia dan pulang ke Malaysia? Namun sehingga ke hari ini, tiada satu pun penampilan Ummi Nazeera di dalam mana-mana majalah, suratkhabar ataupun portal hiburan tanah air. Tiada temuramah, tiada wawancara, tiada photoshoot dan tiada informasi terkini mengenai perancangan masa depannya daripada tuan punya badan.

Namun Ummi Nazeera sangat aktif berkongsi gambar-gambar aktiviti yang dihadirinya menerusi akaunInstagram miliknya. Ummi Nazeera sering menghadiri ceramah-ceramah agama, kelas belajar solat dan amat aktif dalam program dakwah terutamanya yang melibatkan kaum Hawa. Malah Ummi juga sering berkongsi maklumat aktiviti keagamaan yang akan diadakan di sekitarKuala Lumpur.

Pasti tertanya-tanya sama ada Ummi Nazeera sudah mengambil keputusan untuk bersara sepenuhnya daripada dunia hiburan tanah air dan memfokuskan dirinya dalam bidang dakwah. Jika benar, ia adalah satu keputusan yang amat bijak dan harus dipuji. Ummi boleh menjadi ikon kepada para kaum Hawa yang masih remaja di luar sana. Ummi bijak, cantik, mempunyai perwatakan yang menarik dan ada pengaruhnya yang tersendiri.

Sekiranya benar Ummi tidak akan aktif dalam bidang hiburan lagi, ia adalah satu kerugian besar buat industri kita kerana Ummi adalah antara pelakon yang amat berbakat besar. Ia adalah keputusan terbaik buat Ummi. Apa pun keputusan yang diambil oleh Ummi Nazeera, sama-samalah kita doakan yang terbaik. Lagi beberapa gambar si comel ini dengan membaca artikel sepenuhnya.
 

 
 
sumber: http://beautifulnara.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved