Wawa Zainal Hanya Akan Berlakon Dengan Suami?

[x]

Wawa Zainal Hanya Akan Berlakon Dengan Suami?

on Thursday 15 May 2014


SEJAK melangkah keluar dari syarikat pengurusannya, Metrowealth International Group (MIG), pelakon Wawa Zainal dilihat hanya muncul dalam drama atau filem terbitan syarikat milik Aeril Zafrel, Respected Citizen Communication.

Adakah ini bermaksud Aeril meletakkan syarat isterinya itu mesti berlakon di sampingnya sahaja?

Menerusi portal GUA, Wawa menjelaskan bahawa suaminya tidak pernah meletakkan sebarang syarat untuk dia terlibat dalam bidang lakonan.

Namun, sebagai isteri, dia kini kurang selesa untuk beraksi mesra dengan pelakon lelaki lain.

Bagaimanapun, dia tidak akan menolak jika watak yang ditawarkan itu sesuai dengan status dan imejnya yang kini berhijab.

“Kalau saya asyik dengan Aeril dalam lakonan, saya bimbang peminat akan bosan pula,” ujarnya.

Apapun, kami tabik dengan pendirian ibu kepada Ahmad Fakhruddin Attar yang kini berusia lapan bulan itu.

Yalah, kadang-kadang ada artis yang sudah berhijrah, namun masih melakukan perbuatan yang tidak selari dengan imej dan status mereka termasuklah bergambar mesra dengan pelakon lelaki lain.
sumber:http://www.suarapeople.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved