Agensi tawar pakej pernikahan dalam talian

[x]

Agensi tawar pakej pernikahan dalam talian

on Monday 23 September 2013


Kewujudan agensi yang menawarkan pakej pernikahan secara terbuka di laman-laman web dipercayai menjadi punca banyak pasangan dari Malaysia bernikah di negara Thailand.

Tinjauan mendapati dengan hanya menaip ‘nikah Thailand’ di enjin carian Google, wartawan Kosmo! mendapati lebih 10 agensi menawarkan perkhidmatan tersebut.

Laman web tersebut turut memberi panduan kepada mereka yang berminat mengenai proses pernikahan, dokumen yang diperlukan serta nombor telefon untuk dihubungi sebelum mereka ke Thailand.

Harga pakej bagi semua proses itu bermula serendah RM1,000.

Agensi terbabit turut menguruskan pengangkutan, penginapan, makanan dan urusan surat-menyurat dengan konsulat Malaysia di negara itu 
sumber :  Kosmo Online


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved