Ayu Raudhah Sarungkan Cincin Merisik ke Jari Che Ta

[x]

Ayu Raudhah Sarungkan Cincin Merisik ke Jari Che Ta

on Monday 30 September 2013



Adik kepada pelakon kontroversi Rozita Che Wan atau Che Ta iaitu Ayu Raudhah telah menyarungkan sendiri cincin bertakhtakan berlian di jari manis kakaknya itu ketika majlis merisik pelakon berkenaan.

Pengurus Che Ta ketika dihubungi portal murai.com.my berkata, sesi itu membuktikan bahawa pelakon berkenaan telahpun dirisik oleh pelakon kacak, Zain Saidin di Hotel Carcosa Seri Negara, petang semalam.

"Kalau nak kata Che Ta bertunang, tak tepat sekali. Kerana cincin itu telah disarungkan oleh Ayu Raudhah pada majlis berkenaan dan bukannya ibu Che Ta sendiri.

"Tambahan lagi, Zain Saidin hanya muncul selepas semua acara selesai. Bukannya sebelum atau selepas majlis berlangsung seperti mana kebanyakan majlis bertunang," kata

Afeeq Iqnarcio menjawab isu kontroversi yang mengatakan artis di bawah pengurusannya itu telah bertunang dengan pelakon Zain saidin, petang semalam.

Afeeq berkata, majlis tertutup itu telah dihadiri hampir 50 tetamu iaitu keluarga terdekat sebelah pihak perempuan dan juga pihak lelaki.

Tambahnya, keluarga Zain Saidin telah diwakili ibu pelakon Oh! My English berkenaan termasuk kakaknya, Shaha Saidin.

"Itu hanyalah majlis merisik dan majlis bertunang akan dilangsungkan pada hari yang sama untuk majlis persandingan nanti.

"Bagaimanapun tarikh yang sah masih belum ditetapkan kerana semuanya berpandukan kepada kekosongan bagi kedua-dua belah pihak. InsyaAllah pihak kami akan memaklumkan kepada pihak media," katanya mengesahkan keadaan.

Rozita Che Wan kelihatan anggun dengan persalinan tajaan Qudyn, solekan dari Amy Janz dan tidak ketinggalan suasana dekorasi acara dari Kuntum by Najeeb.
Ayu Raudhah Sarungkan Cincin Merisik ke Jari Che TaAyu Raudhah Sarungkan Cincin Merisik ke Jari Che Ta

Ayu Raudhah Sarungkan Cincin Merisik ke Jari Che Ta
sumber : http://www.murai.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved