Budak 2 tahun, Maut Di Gilis Bapa

[x]

Budak 2 tahun, Maut Di Gilis Bapa

on Sunday 29 September 2013

Sudah ketentuan Ilahi, Muhamad Rifaie Aiman, 2 tahun, menemui ajal ditangan bapanya sendiri apabila beliau telah digilis sebuah treler 10 tayar yang sedang dipandu bapanya. Keadaan menyayat hati itu berlaku pada pukul 9.10 malam, kira-kira 10 meter dari rumah pangsa milik mereka di Taman Megah, Pontian Johor.

Difahamkan pada malam kejadian, Muhamad Rifaie, anak bongsu daripada tujuh beradik yang selalunya hanya melambaikan tangan sewaktu bapanya mahu bekerja, bersikap pelik apabila dia begitu beria-ia hendak mengikuti bapanya sehinggakan terpaksa dua kali dihantar balik ke rumahnya yang terletak di aras bawah rumah pangsa. Bapanya tidak menyangka setelah masuk ke dalam rumah, dia kembali mengekori semula ke tempat letak kereta sebelum di langgar oleh beliau.

Menurut bapanya, ketika treler yang dipandunya mula bergerak beberapa meter untuk ke tempat kerja di Johor Bahru, dia merasa seperti terlanggar sesuatu lalu memberhentikan treler, namun dia terkejut mendapati anaknya terbaring berdekatan tayar sebelah kanan. Keadaannya berlumuran darah. Mangsa yang cedera parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia pada pukul 11.15 malam kira-kira tiga jam selepas kejadian ketika menerima rawatan di Hospital Pontian.
sumber : http://myblogsantai.blogspot.com/

p/s: Takziah kepada keluarga mangsa..

- See more at: http://myblogsantai.blogspot.com/2013/09/muhamad-rifaie-aiman-2-tahun-maut-di.html#sthash.hKZvMJeT.dpuf
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved