Rozita Sahkan Majlis di Carcosa Hanya Majlis Merisik

[x]

Rozita Sahkan Majlis di Carcosa Hanya Majlis Merisik

on Monday 30 September 2013

Rozita Che Wan, 40, mengesahkan akan bernikah dengan kekasihnya, Zain Saidin, 29, selepas satu majlis merisik diadakan di Carcosa Seri Negara, semalam.

Pasangan terbabit dijangka akan melangsungkan pernikahan pada bulan Disember ini, namun tarikhnya akan diumumkan dalam satu sidang media dalam waktu terdekat ini.

Menurut Rozita, pada majlis yang dihadiri anggota keluarga dan rakan terdekat itu, dia menerima sebentuk cincin berlian, sirih junjung dan buah-buahan.

Tambahnya, majlis itu dirancang sejak dua minggu lalu dan Zain Saidin tidak hadir di majlis itu.

Menurutnya lagi, mereka juga tidak bertunang, sebaliknya akan terus bernikah Disember ini.
sumber :Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved