Terpaksa berkhatan

[x]

Terpaksa berkhatan

on Saturday 28 September 2013



Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun terpaksa menjalani pembedahan selepas kemaluannya membengkak dan sel kulit rosak akibat diikat dengan getah oleh rakan sekolah selama lebih empat jam.

Akibat kejadian Isnin lalu itu, Aqil Danish Yusri, murid tahun satu sebuah sekolah swasta di Taman Sri Gombak, dekat ini, juga terpaksa dikhatankan doktor bagi ‘menyelamatkan’ anggota sulitnya.

Ibu kanak-kanak itu yang mahu dikenali sebagai Salina, 35, berkata, pembedahan dilakukan selama lebih dua jam di Hospital Ampang Putri, pagi semalam dan kini anaknya masih berada di bawah pemerhatian doktor.

Menceritakan kejadian itu, Salina berkata, kira-kira jam 5 petang Isnin lalu Aqil Danish pulang dari sekolah ke rumah mereka di Tamn Sri Gombak seperti biasa, namun dia mendapati anaknya itu tidak bermaya dan kerap ke tandas.“Pelik dengan sikapnya, saya bertanya sama ada dia sakit atau demam, namun Aqil hanya memberitahu dia berasa seperti hendak demam,” katanya ketika ditemui, semalam.
sumber : harian metro
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved