Pelik, Lelaki Campak Bayi Minta Di Hukum Mati

[x]

Pelik, Lelaki Campak Bayi Minta Di Hukum Mati

on Sunday 29 September 2013

Sebuah mahkamah China menjatuhi hukuman mati keatas seorang bekas banduan kerana menghempas seorang kanak-kanak berusia dua tahun selepas ibu mangsa tidak membenarkannya meletak kenderaan di sebuah petak letak kereta.


Han Lei, 39, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Rakyat Pertengahan, lapor agensi berita Xinhua, di sini semalam.

Han dilaporkan memberitahu pendakwa raya Ogos lalu bahawa dia merasa terlalu bersalah dan tertekan sehingga mahu mati, lapor Beijing News ketika itu.

“Saya menjadi punca bencana kepada kanak-kanak, tolong pastikan saya dijatuhi hukuman mati,” akhbar memetiknya sebagai berkata. “Saya tidak mahu hidup lagi.”

Han menarik kanak-kanak hampir berusia tiga tahun dari kereta sorong dan menghempasnya berhampiran sebuah hentian bas di sini Julai lalu.

Ia berikutan keengganan ibunya memberi laluan kepadanya untuk meletak kereta, lapor media China.
sumber : Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved