Faiz Khaleed Ada Teman Baru

[x]

Faiz Khaleed Ada Teman Baru

on Monday 30 September 2013


Peserta program realiti ‘Fear Factor Selebriti Malaysia’, Mejar Dr. Faiz Khaleed hadir ke Malam Gala filem 'Gravity' di TGV, 1Utama dengan seorang gadis jelita baru-baru ini. Mereka kelihatan sangat mesra bersama dan mengambil kesempatan menemubual Faiz untuk bertanyakan siapakah gerangan gadis tersebut.

“Saya sedang mengenali dia. Sudah setahun saya berkenalan dengannya. Nanti apabila tiba masa yang sesuai, saya akan beritahu siapakah gerangan orangnya. Buat masa ini, biarlah saya mengambil masa untuk mengenalinya secara perlahan-lahan terlebih dahulu. Tiba waktu yang tepat nanti, saya akan berkongsi dengan semua,” jelas Faiz berkongsi cerita.

Tidak mahu mengulas lanjut mengenai identiti gadis yang dimaksudkan, Faiz menjelaskan gadis itu dikenali menerusi kawannya.

“Maaf, kalau boleh saya enggan mendedahkan dengan terperinci identiti gadis itu. Saya menghormati dirinya, jadi saya rasa kurang manis jika saya beritahu siapakah dia. Saya mengenalinya daripada rakan saya dan dia bukan dalam bidang yang sama dengan saya,” tutur peserta program realiti ‘Masterchef Selebriti Malaysia’ musim pertama ini.

“Apa yang boleh saya katakan sekarang ialah saya selesa berkawan dengan dia. Walaupun dia bukan berasal dari latar belakang yang sama, tapi dia sangat memahami kerjaya saya. Kalau saya sedang bekerja, saya tidak boleh selalu menghabiskan masa dengan dirinya dan dia maklum dengan perkara tersebut,” ujar Faiz yang dikatakan pernah menjalin hubungan dengan pengacara TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain sebelum ini.

Ketika diajukan soalan adakah dia sudah bersedia dengan pertanyaan orang ramai mengenai siapakah gadis tersebut apabila Faiz membawa dia bersama-sama menghadiri acara seperti ini, Faiz ada penjelasannya yang tersendiri.

“Saya tidak mahu sorokkan hubungan ini. Tapi pada masa yang sama, saya mahu hormati privasi dia juga. Saya belajar daripada pengalaman sebelum ini. Apabila hubungan ini diberitahu sebelum masanya, akan ada tekanan yang berlaku. Jadi biar begini sahaja,” jelas Faiz mengakhiri perbualan.
sumber : http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved