Yus Jambu Bakal Kahwin Model Sambilan

[x]

Yus Jambu Bakal Kahwin Model Sambilan

on Monday 30 September 2013

 Yus, salah seorang ahli kumpulan Jambu, mendedahkan dirinya bakal mengakhiri zaman bujang dengan seorang wanita berusia 33 tahun yang bekerja sebagai setiausaha dan model sambilan.

Menurut kenyataan Yus di Gua, “di usia begini, paras rupa tidak memainkan peranan utama, sebaliknya saya lebih mementingkan perangainya. Ini kerana saya inginkan seseorang yang memahami kerjaya serta diri saya. Kerjayanya sebagai model sambilan juga sedikit sebanyak membantu dia untuk memahami kerjaya saya”.

Dalam perkembangan seni, kumpulan Jambu bakal digandingkan sebagai pengacara bagi rancangan Lat-Tali-Lat yang dibuat bagi mengimbas kembali nostalgia permainan tradisional dengan kerjasama Antabax dan Astro.

Jambu juga mengakui keserasian yang terdapat di antara mereka menjadikan kedua-duanya serasi apabila digandingkan bersama.

“Kami mengakui serasi bersama sebagai pelawak dan lebih selesa menerima tawaran yang menggandingkan kami berdua. Peluang yang diberikan oleh pihak Astro dan Antabax adalah satu bonus kerana program ini merupakan program kedua yang menggandingkan kami sebagai pengacara,” kata Yus.

Manakala Tauke turut disoal mengenai teman wanita yang kelihatan sering menemaninya ke majlis-majlis hiburan. Tauke enggan mengulas lanjut mengenai tahap hubungan cintanya kerana dia trauma dengan kisah lalu yang menjadi pengajaran kepadanya.

“Rambut sama hitam, namun hati lain-lain. Ada pihak yang cuba meruntuhkan rumah tangga saya dan itu yang terjadi kepada saya sebelum ini. Paling lama saya berkawan dengan perempuan ialah enam bulan, jadi kali ini saya mengambil pendekatan untuk tidak bercakap banyak mengenai hal ini,” katanya mengakhiri perbualan.
sumber : Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved