Kepala Berkecai,Kaki Putus Dilanggar Lori

[x]

Kepala Berkecai,Kaki Putus Dilanggar Lori

on Sunday 29 September 2013

nahas jalan raya, motorsikal rempuh lori, kemalangan, serdang, Ngeri,

Serdang – Menyayat hati apabila seorang lelaki maut dengan keadaan kepalanya berkecai dan kaki kirinya putusselepas terbabit kemalangan di kilometer 307.9 Lebuhraya Utara Selatan (Plus), petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 tengahari itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda C100 bersendirian dipercayai merempuh belakang sebuah lori yang diletakkan di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan.

Jurucakap Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang berkata, kejadian berlaku dari arah Seremban menuju ke Kuala Lumpur selepas Hentian Rehat dan Rawat Serdang. Mangsa, Mohd Zairudin Abdul Kadir, 38, dipercayai tidak menyedari kewujudan lori yang diletakkan di bahu kiri jalan sebelum merempuhnya.

Akibat rempuhan kuat dan terkena bahagian tajam di belakang lori, kakinya dikatakan terputus di bahagian lutut dan mangsa tercampak ke atas jalan.

“Kepala mangsa dan isi otaknya juga terburai serta bertaburan di atas jalan,”katanya.
Beliau berkata, pemandu lori yang berusia 26 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kata jurucakap itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Sementara itu, polis memohon keluarga terdekat atau waris mangsa yang beralamat terakhir di nombor 194 Jalan Bukit Desa 8, Taman Bukit Desa Kepong Kuala Lumpur untuk hadir bagi tuntutan dan menguruskan jenazahnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terperinci masih dijalankan.

Saksi yang melihat kejadian diminta menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Serdang, Inspektor Nur Azam Shah Md Aziz di talian 03-80742222 untuk membantu siasatan.
Sumber : SINAR HARIAN
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved