Punca sebenar Fida Ibrahim lari dari lokasi penggambaran

[x]

Punca sebenar Fida Ibrahim lari dari lokasi penggambaran

on Monday 30 September 2013


Sebelum ini Fida Ibrahim tampil menjelaskan punca dia melarikan diri dari lokasi penggambaran telefilem berjudul Kampungku kerana faktor keselamatan dan tidak tahan disindir oleh pelakon Syed Nahar Syed Mokhtar.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan maklumat yang diterima dari sumber pertama yang mendakwa Fida sebenarnya mempersoalkan kemudahan yang diberikan pihak produksi. Pelakon itu dikatakan tidak menyukai bilik hotel yang disediakan selain tidak berpuas hati dengan keadaan set penggambaran.

Sebagai pelakon yang masih baru, Fida tidak sepatutnya mempersoalkan perkara-perkara sebegitu kerana dia sedia maklum Baling merupakan kawasan luar bandar, jauh berbeza jika dibandingkan dengan Kuala Lumpur.

Lebih parah, Fida turut mempertikaikan kredebiliti pengarah telefilem berkenaan iaitu Shuhaimi Lua. Siapa pula dia untuk mengkritik pengarah sedangkan dirinya sendiri pun masih baru dalam dunia lakonan dan belum membuktikan kehebatannya dalam bidang tersebut.

Untuk pengetahuan, baru-baru ini Fida Ibrahim telah dikritik teruk peminat kerana berkongsi gambar-gambar seksi dan berpakaian ketat sehingga menampakkan sebahagian asetnya secara luaran.
sumber : http://plbgaimacam.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved