Nad Zainal Enggan Komen Isu Bersekedudukan

[x]

Nad Zainal Enggan Komen Isu Bersekedudukan

on Monday 30 September 2013



Pelakon yang sedang mengukir nama, Nad Zainal, enggan mengulas lanjut apabila diajukan dengan soalan berkaitan gosip. Jelas Nad dia tidak mahu memanjangkan sesuatu isu dengan memberikan komen.

Kenyataan ini diberikan Nad ketika diminta mengulas tentang desas-desus yang mendakwa dia bersekedudukan dengan teman lelaki dan lari dari set penggambaran kerana tidak ingin berlakon di samping bekas teman lelakinya, Amar Asyraf.

“Saya mempunyai prinsip yang mana jika saya kata tak nak, maka saya tak nak. Kalau boleh saya juga tidak mahu memanjangkan isu ini dengan memberikan komen,” ujar Nad yang ditemui usai pementasan 'Maduku Kalut' di Istana Budaya baru-baru ini/

Mengulas tentang pembabitannya dalam pementasan 'Maduku Kalut', Nad mengakui dia sememangnya mendapat kepuasan beraksi di pentas teater berbanding berlakon di layar perak. Malah, Nad meluahkan rasa rindunya berlakon teater kerana hampir setahun tidak beraksi di pentas idaman ramai pelakon itu.

“Saya seperti mengalami kejutan budaya kerana hampir setahun tidak berlakon teater. Sudah lama tak berlakon teater, saya merasa begitu kekok dan gementar, namun berlakon di samping kawan-kawan menyenangkan proses tersebut,” ujar berkongsi cerita.

Memegang watak sebagai Mimi yang merupakan seorang isteri yang mempunyai perwatakan manja, Nad mengakui agak sukar membawakan watak tersebut. Dia membuat sedikit kajian kerana tidak pernah membawakan karakter manja sebegitu.

Selain menonton filem-filem Hollywood yang berkonsepkan ‘chick flick’, Nad juga menukar suaranya menjadi lebih manja dan lembut bagi menjayakan karakter Mimi.
sumber : http://www.gua.com.my/

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved