Qi Razali Dan Nelydia Senrose Bakal Bertunang Tahun 2014

[x]

Qi Razali Dan Nelydia Senrose Bakal Bertunang Tahun 2014

on Sunday 29 September 2013

Qi Razali ketika ditemui pada sesi fotografi program travelog Destinasi Bajet baru-baru ini telah menyatakan hasrat hatinya untuk meminang Nelydia Senrose pada tahun 2014 nanti.

Menurut Qi, dia memahami Nelydia kini sedang naik dalam bidang lakonan dan masih belajar. Beliau juga tahu Nelydia mempunyai impiannya sendiri dan Qi akan tetap sentiasa menyokong apa jua impiannya.

“Namun begitu, usia saya sudah menjangkau 36 tahun. Kalau boleh saya tidak mahu berkahwin ketika umur saya memasuki 40 tahun. Jadi, dalam tempoh setahun dua ini akan ada langkah seterusnya dalam hubungan kami,” kata Qi yang kini serius menjalin hubungan cinta bersama Nelydia sejak bulan Februari lalu.

Sekali gus kenyataannya itu seolah-olah membuktikan dia akan merisik atau mengikat tali pertunangan bersama Nelydia.

Mengulas lanjut, akui pemilik nama penuh Qushairi Mohammed Razali lagi, dia sangat gembira dengan perhubungannya sekarang dan memang merancang untuk berkahwin.

Nelydia ketika dihubungi bagi menjawab kenyataan kekasihnya itu memberitahu, Qi belum menyuarakan hasratnya untuk merisik atau meminangnya dalam masa terdekat.

“Dia (Qi) tidak ada cakap hendak merisik atau bertunang pada tahun depan. Mungkin dia bercakap dari sudutnya. Kami buat masa ini masing-masing sibuk dan terikat dengan kerjaya masing-masing,” luahnya.

Disoal adakah dia terima jika selepas ini Qi menyuarakan hasrat untuk meminangnya pada tahun hadapan, ujar Nelydia, Qi harus berjumpa dengan keluarganya terlebih dahulu.

“Saya tidak boleh cakap sudah bersedia atau tidak. Saya serahkan pada keluarga sebabnya saya masih di bawah tanggungan keluarga. Segala kata putus daripada keluarga saya akan ikut,” jelasnya yang turut mengakui mahu perhubungannya bersama Qi ke fasa yang lebih serius.
sumber : Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved