Sarimah Ibrahim mengaku Frust dengan mamat French

[x]

Sarimah Ibrahim mengaku Frust dengan mamat French

on Friday 27 September 2013




Difahamkan, Sarimah Ibrahim kini telah kembali solo apabila hubungannya bersama seorang jejaka Perancis tidak lama dulu telah terputus di tengah jalan.

Alamak! Apa sudah jadi? Kalau tak silap sebelum ini hubungan mereka baik-baik saja.

Malah ada khabar angin mengatakan bahawa mereka sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga. Sarimah Ibrahim bukan main happy dan bangga memperkenalkan jejaka mat salleh itu ketika melalui permaidani merah Anugerah Industri Muzik berapa tahun lalu.
Tup, tup, sudah putus pula.

Bagaimanapun seperti yang dikhabarkan Detektif Stailista kepada Murai Batu, penyampai radio Mix FM itu memang berhajat untuk mendirikan rumah tangga dengan jejaka Perancis berkenaan, bagaimanapun atas sebab-sebab tertentu, mereka terpaksa berpisah.

Khabarnya, meskipun hubungan mereka sudah terjalin lebih dua tahun, namun nampaknya ada beberapa perkara penting perlu diambil kira sebelum Sarimah Ibrahim mengambil keputusan mendirikan rumah tangga sekali lagi.

Difahamkan, soal agama dan budaya menjadi dua faktor penting buat Sarimah Ibrahim dan nampaknya dia langsung tidak ralat meskipun hubungan mereka tidak berjaya seperti yang diharapkan.

Tapi seperti yang dikhabarkan, Sarimah Ibrahim kini sedang moving forward dan dia tidak mudah mengalah untuk mencari pengganti yang benar-benar percaya serta ikhlas memperisterikannya walaupun berbeza agama serta budaya.


Adakah ini bermaksud, Sarimah Ibrahim akan masih mencari jejaka berbangsa asing? Atau dalam erti kata lain jejaka mat salleh? Jodoh, pertemuan, ajal semua itu ditangan Tuhan. Sekuat mana kini merancang tetapi Tuhan juga yang akan menentukan.

Kita sentiasa mendoakan yang terbaik buat Sarimah Ibrahim. Mudah-mudahan dia akan dipertemukan dengan jejaka idaman yang dapat membahagiakannya hingga ke akhir hayat.

Kahabarnya Sarimah Ibrahim kini sedang rancang untuk melahirkan lagu terbarunya dan juga berlakon filem serta teater.
sumber : Murai Batu
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved