Pak Man Kini Semakin Terkenal

[x]

Pak Man Kini Semakin Terkenal

on Saturday 28 September 2013

Sebelum ini nama Azman Mohd. Nayan atau Pak Man tidak dikenali kecuali bagi rakan dan saudara maranya sahaja, beliau hanyalah seorang pengawal keselamatan biasa di Lapangan Terbang Subang Skypark, Subang, Selangor.

Namun semenjak terkeluarnya video kontroversi beliau bersama seorang isteri pemain bolasepak terkenal baru-baru ini, nampaknya ‘graf’ simpati orang ramai terhadapnya dari seluruh negara semakin meningkat.

Jadi, sebab itu tidak hairanlah, kelibatnya menjadi tumpuan setiap penumpang yang menggunakan lapangan terbang itu pada setiap hari.

Buktinya, setiap hari ada saja yang ingin bergambar dengan pengawal berusia 49 tahun ini. Inilah yang dikatakan setiap yang berlaku pasti ada ‘hikmahnya’.

Ternyata di muka bumi ini, wang atau gelaran saja bukan tidak mungkin dapat membeli maruah dan kehormatan orang.

Insaflah, hari ini kita mungkin ‘di atas’, kita mampu memiliki apa saja dengan kedudukan dan wang ringgit yang kita ada, tetapi esok lusa belum tentu.

Allah itu maha adil, maha kaya. Bak kata M. Nasir…hidup dan nasib ibarat ‘roller-coster’….susah dan senang bersilih ganti.
sumber : Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved