Ibu Pengurus Pelakon Drama Naik Tocang

[x]

Ibu Pengurus Pelakon Drama Naik Tocang

on Sunday 29 September 2013

Kisah sang pekerja di belakang tabir makan yang hati dan memendam rasa dengan sikap 'bertuah' pelakon bukanlah perkara baru. Dari zaman dulu lagi, tanyalah sahaja kepada mana-mana kru penggambaran, tentu ada saja cerita timbul mengenai pelakon buat hal.

Pendek kata, memang dah banyak kali berlaku kes pelakon yang bergaduh dengan kru di lokasi. Malah, bagi para penggiat industri, kes seperti ini sudah jadi perkara biasa. Tetapi bila kes membabitkan seorang ibu pelakon yang juga merangkap pengurusnya agak menarik untuk diketengahkan.

Menurut kata sumber, keadaan di lokasi tiba-tiba menjadi tegang dan kelam-kabut gara-gara sikap bongkak dan biadab dimiliki ibu seorang artis wanita yang kebetulan berlakon dalam drama itu.

Kata si sumber, puncanya hanya benda kecil iaitu penolong pengarah drama itu meminta pelakon itu untuk berada di lokasi selama satu jam dari waktu kebiasaan dia tamat penggambaran.

Bukannya lama mana pun, cuma lebih satu jam saja. Itu pun kata sumber tu, produksi buat tindakan itu atas dasar nak menyelesaikan babak membabitkan pelakon itu pada hari sama juga. Dalam erti kata lain, keesokan harinya dia tidak perlu datang lagi ke lokasi.

Namun malangnya, ­permintaan produksi itu ditolak mentah-mentah ibu pelakon itu sedangkan anak­nya baru berada di set tidak ­sampai tiga jam pun berbanding pelakon lain yang sudah terpacak sejak pagi buta lagi.

Luah si sumber, sudahlah pelakon tu datang lambat, apabila diminta untuk berada di set lewat satu jam pun ibunya nak berkira sangat.

Walhal baru jam 11 malam dan bukannya lewat malam pun. Padahal pada hari lain pelakon dan ibunya yang bertindak sebagai pengurus itu boleh saja berumah tangga di lokasi sampai ke subuh.

Entah angin monsun mana menyerang, tiba-tiba si ibu yang lebih sudu daripada kuah ini meninggikan suara kepada kru produksi gara-gara permintaan produksi itu.

Bukan setakat tinggi suara, segala kata-kata kesat dan makian dihamburkan macam orang sudah hilang kawalan. Padahal, salah seorang kru itu hanya tegur ­dengan baik apabila si ibu meninggikan suara.

Babak amukan itu tidak berakhir di situ, menurut sumber tu lagi. Selepas sesi maki-hamun dan carut-mencarut, si ibu turut meludah ke arah kru penggambaran.

Mujur juga tak terkena sesiapa. Kalau diikutkan panas baran kru mungkin dah kena si ibu itu tapi apabila memikirkan dia seorang wanita, mereka hanya mampu melihat saja.

Si anak hanya mampu terkebil-kebil dengan kejadian itu sebelum dirangkul keras si ibu dan berlalu meninggalkan lokasi.

Yang kelakarnya, selepas beberapa hari kejadian, si ibu sendiri datang memohon maaf kepada semua kru seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Dengar ceritanya, si penerbit sudah ugut mahu saman si artis selepas kejadian malam itu. Sebab itu, si ibu terpaksa mengalah buat muka seposen.
sumber : Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved