Gambar hiasan. Image: Google
Ipoh: “Dulu kumpulan kongsi gelap cuma gaduh pakai parang atau rantai basikal tapi sekarang semua sudah ada pistol. Ini bahaya dan bawa sial!” kata salah seorang bekas ahli kongsi gelap Geng 08 yang dikenali sebagai Monkey Yap, 67.
Menurutnya, senario kumpulan kongsi gelap di Malaysia kini yang semakin angkuh dan gemar mencabar polis dianggap jauh berbeza berbanding ahli kongsi gelap sekitar tahun 70-an dan 80-an yang disifatkan masih mempunyai rasa ‘hormat’ terhadap anggota polis.
“Dulu kumpulan samseng yang terkenal tidak banyak antaranya kumpulan Ang Beng Hoey, Wah Kee, Geng 360, Geng 04 dan Geng 08. Walaupun terbabit dengan jenayah, kami cuba elak konflik dengan polis.
“Kalau boleh jangan sampai polis tahu kami gaduh atau bantai orang. Masa itu ada Undang-Undang Ordinan Darurat. Ramai kawan saya kena tangkap dan buang daerah dua tahun di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Johor,” katanya.
Menurutnya, ahli kongsi gelap dulu pantang menggunakan senjata api berikutan kepercayaan bahawa ia akan mengundang maut dengan lebih cepat.
“Kami dulu percaya, kalau tembak mati orang dengan pistol...kita juga akan mati ditembak tidak lama kemudian.
“Sebab itu dulu, samseng tak suka pakai pistol sebab takut dapat sial. Kalau mau hentam mati sekalipun, pakai batang besi, pisau atau parang,” katanya yang sebelum ini pernah meringkuk 12 tahun di Penjara Tapah.
Dia sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan selepas bergaduh menggunakan senjata tajam hingga menyebabkan kematian.
sumber :MyMetro
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment