Meninggal Ketika Tidur

[x]

Meninggal Ketika Tidur

on Friday 20 September 2013


Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim untuk dibedah siasat.


SUNGAI PETANI - “Dia seorang yang pendiam tetapi semalam dia kelihatan cukup gembira sehingga ketawa paling kuat."

Demikian luahan seorang rakan karib, Abd Rahman Morad, 29, berhubung sikap rakannya, Mohd Qawiem Roslan, 23, dari Taman Permatang Katong, Kota Kuala Muda yang meninggal dunia semasa sedang tidur.

Menurut Abd Rahman, semalam, dia bersama arwah dan beberapa rakan lain bersembang sehingga awal pagi sebelum masing-masing pulang ke rumah untuk berehat.

“Kami semua sudah merancang nak turun ke laut pagi ini (semalam) bersama arwah, tetapi tak sangka, dia pergi dahulu,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, kelmarin.

Sementara itu, seorang lagi rakan, Mohd Saiful Abdullah, 23, berkata, tidak menyangka rakannya itu meninggal dunia dalam sekelip mata.

“Semalam arwah gelak sakan kerana selalunya dia biasa-biasa sahaja,” katanya.

Menurutnya, anak sulung dari tiga beradik itu bekerja sebagai nelayan bagi menyara keluarga memandangkan bapanya sudah meninggal sejak kecil.

Katanya, seperti kebiasaan, dia sudah bangun menunggu rakan sebelum turun ke laut, tetapi, semalam tidak sedar walaupun pintu diketuk beberapa kali oleh ibunya serta rakan yang datang ke rumah kira-kira jam 7 pagi semalam.

“Saya cuba ketuk pintu untuk kejutkannya, tetapi tidak terjaga membuatkan kami cuba umpil pintu guna pisau.

“Selepas dikejutkan beberapa kali, arwah tidak menunjukkan respons, kakinya juga tidak bergerak langsung. Apabila dipegang, tangannya pula sejuk. Semasa badannya dialihkan, mulutnya sudah berbuih. Lepas itu, kami panggil tok imam dan polis yang mengesahkan arwah sudah tiada,” katanya.

Sementara itu, sumber polis berkata, mayat mangsa dibawa ke HSAH untuk bedah siasat.
sumber : http://www.sinarharian.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved