“Sebatlah Aku Kalau Nak… Tudung Sorry…Takkan Pakai!”

[x]

“Sebatlah Aku Kalau Nak… Tudung Sorry…Takkan Pakai!”

on Friday 20 September 2013


SUDAN – Mahkamah Sudan menangguhkan hukuman ke atas seorang wanira, Amira Osman Hamed selepas dia ingkar dengan undang-undang di negara berkenaan yang mewajibkan wanita Islam memakai tudung.

Kes berkenaan ditangguhkan pada 4 Oktober ini.

Sabit kesalahan, dia yang didakwa di bawah artikel 152, berdepan hukuman sebatan.

Peguam belanya, Moezz Hadhra, sebelum ini merayu pendakwaan ke atas wanita itu digugurkan.

Amira, seorang jurutera komputer yang telah bercerai dan mempunyai syarikat sendiri menyifatkan undang-undang berkenaan mensasarkan maruah penduduk Sudan.

“Undang-undang ini telah menukar wanita Sudan daripada menjadi mangsa kepada penjenayah,’’ katanya.

Dia rela disebat demi mempertahankan haknya untuk memakai tudung.

Amira ditahan polis selepas melawat sebuah pejabat kerajaan di Jebel Aulia di Khartoum tanpa bertudung pada 27 Ogos lalu.
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved