GEORGE TOWN: Sekurang-kurangnya 13 kawasan di Bukit Bendera dilanda tanah runtuh berikutan hujan lebat baru-baru ini dan pejalan kaki dinasihatkan supaya berhati-hati apabila melalui kawasan-kawasan berkenaan.
Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata struktur tanah di beberapa kawasan didapati telah longgar dengan kemungkinan pokok akan tumbang.
"Kami menasihati orang ramai mengamalkan sikap lebih berhati-hati apabila menggunakan laluan ini semasa musim hujan.
"Jalan di KM2.1 masih utuh dan kenderaan masih boleh melaluinya. Walau bagaimanapun, separuh jalan rosak di KM4.
"Kerja-kerja pembaikan diharapkan dapat siap dalam tempoh empat bulan, tetapi akan ada masalah logistik yang menyebabkan peningkatan kos kepada RM1 juta bagi setiap lokasi," kataZairil sambil menambah sepanjang kawasan di KM2.5 telah ditutup.
sumber : http://mstar.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment