Video Gempa Bumi Di Pakistan Hasilkan Pulau Yang Baru

[x]

Video Gempa Bumi Di Pakistan Hasilkan Pulau Yang Baru

on Thursday 26 September 2013




Quetta - Sekurang-kurangnya 45 orang terkorban dan beberapa buah rumah lumpur turut musnah di kawasan pedalam apabila gempa bumi kuat melanda barat Pakistan, semalam.
Pusat Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (AS) berkata gempa berukuran 7.8 pada skala Ritcher melanda tenggara Pakistan di Dalbandin. (Reuters)

Bangunan-bangunan di kawasan New Delhi, yang terletak beratus-ratus kilometer ke timur bergegar berikutan gegaran turut dirasai di kawasan itu.

Gempa bumi itu turut menyebabkan dasar laut berubah hingga mewujudkan sebuah kawasan berbatu yang kelihatan seperti sebuah pulau kecil kira-kira 600 meter di luar kawasan Pakistan, Gwadar.

Video Gempa Bumi Di Pakistan Hasilkan Pulau Yang Baru - September 2013 
Saluran televisyen telah menunjukkan imej kawasan berbatu tersebut lantas membuatkan orang ramai berkumpul di pantai bagi menyaksikan fenomena yang jarang berlaku itu. 
sumber : http://rossacalla.blogspot.com/

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved