Caj Perkhidmatan Sempena Tahun Baru Cina Melampau!

[x]

Caj Perkhidmatan Sempena Tahun Baru Cina Melampau!

on Saturday, 1 February 2014

Adalah sesuatu yang normal apabila kita dikenakan caj perkhidmatan jika makan di beberapa buah restoran luar tertentu di negara ini.

Namun, ia tidak normal jika adanya caj perkhidmatan sempena perayaan seperti yang tertera pada gambar resit yang telah dikongsikan oleh seseorang di Facebook Wikipedia Rakyat.

Restoran OIC Greentown Signature Outlet yang terletak di Ipoh, Perak itu telah menyertakan bayaran yang bertulis ‘CNY SVC’ atau ‘Caj Perkhidmatan Tahun Baru Cina’ sebanyak 10 peratus .

Namun sejauh manakah kesahihannya tidak dapat dipastikan lagi, namun jika benar, ia adalah sesuatu yang tidak wajar untuk dilakukan.

Bayangkan kalau dicampur kesemuanya, maknanya caj perkhidmatan sudah mencecah 20 peratus. 

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved