MERANGKAK 1000 METER MOHON MAAF DARI ISTERI

[x]

MERANGKAK 1000 METER MOHON MAAF DARI ISTERI

on Saturday, 1 February 2014

Disebabkan rasa bersalah kerana telah berbuat curang terhadap isterinya, seorang lelaki di China rela merangkak sejauh 1000 meter untuk meminta maaf.


Setiap beberapa langkah, lelaki ini bersujud di atas jalan raya kota Putian, Wilayah Fujian. Dahinya terlihat merah kerana berlumuran darah. Para pejalan kaki berhenti untuk melihat kejadian tersebut
.
Beberapa orang awam cuba mendekati dan menawarkan pertolongan, tetapi lelaki itu menolak sambil mengucapkan terima kasih. Dia menjelaskan bahawa dirinya sengaja melakukan hal tersebut kerana rasa bersalah terhadap isterinya.


Dia berniat merangkak seperti itu sehingga ke Zhengrong Times Square yang berjarak sekitar 1000 meter dari tempat permulaan dia merangkak. Namun baru satu perlima dari jarak yang seharusnya ditempuh, seorang wanita dilihat turun dari sebuah motorsikal, memanggil teksi dan membawa lelaki tersebut pergi dari situ
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved