Dua Guru & 1 Murid Parah Bas Langgar Treler

[x]

Dua Guru & 1 Murid Parah Bas Langgar Treler

on Monday, 23 June 2014

Dua orang guru parah manakala seorang murid parah apabila bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler ketika dalam perjalanan menuju ke ibu kota.


Menerusi media sosial, dilaporkan seorang guru wanita yang parah di kakinya mengalami kecederaan teruk dan didakwa akan dipotong doktor.

Bagaimanapun, laporan akhbar menafikan sebaliknya kaki guru wanita yang cedera parah selepas terbabit kemalangan di Kilometer 148.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini, awal pagi kelmarin, tidak dipotong seperti yang tersebar di internet.

Kaki kanan Siti Hajar Johari, 31, yang cedera teruk telah selamat dibedah malam kelmarin, sementara bahagian peha kanannya yang patah itu juga akan dibedah dalam masa beberapa hari lagi.

Menurut Siti Hajar, dia berasa terkejut membaca laporan di beberapa blog yang memperkatakan kedua-dua kakinya dipotong.

“Kaki kanan saya cedera teruk akibat tersepit dan kecekapan doktor yang melakukan pembedahan telah dapat menyelamatkan ia.

“Saya amat bersyukur kerana selamat walaupun mengalami kecederaan parah, begitu juga anak saya, Safiatulhajar Saifuddin, 7, yang kini di wad kecemasan,” katanya yang sedang menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Guru Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Raja, Batu Pahat itu, mengakui masih trauma meskipun kejadian tersebut sudah berlaku lebih 24 jam.

Menurutnya, masih terngiang-ngiang di telinga suara lemah anak (Safiatulhajar) meminta tolong dan dipujuknya supaya kuat.

“Saya sendiri tidak dapat bantu anak kerana keadaan saya juga lemah menahan kesakitan akibat tersepit sehinggalah dibantu keluar oleh anggota bomba,” katanya.

Ibu kepada tiga anak berusia antara tiga hingga tujuh tahun itu berkata, semasa kejadian dia dalam keadaan separuh sedar dan mendapati bas dipandu lelaki berusia 40-an itu tidak laju.

Namun, bas dinaiki gagal memotong sebuah lori yang telah menyebabkan ia merempuh belakang treler di depannya.

“Kami ke Kuala Lumpur untuk lawatan sambil belajar bagi murid-murid tahun enam bersama dua bas yang membabitkan sembilan guru dan 65 murid. Malangnya bas yang saya naiki yang turut disertai tiga guru wanita lain terbabit kemalangan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah HPSF, Dr Selahuddeen Abdul Aziz memberitahu hanya empat mangsa masih dirawat di hospital dan seorang mangsa berada di ICU dan keadaannya dilaporkan stabil.

Kejadian kira-kira jam 1.15 pagi berlaku dilaluan Bukit Gambir-Pagoh turut menyebabkan empat murid lain yang berusia antara tujuh hingga 12 tahun mengalami kecederaan ringan.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved