Nina Iskandar Terkilan Peminat Tak Henti Hentam Dirinya

[x]

Nina Iskandar Terkilan Peminat Tak Henti Hentam Dirinya

on Monday 30 June 2014

Nina Iskandar terkilan apabila tindakan muncul dengan penampilan bertudung dipersoalkan oleh segelintir pengikut di laman sosial Instagram selepas dia memuat naik gambar dan video yang menampakkan rambutnya.

Tambah Nina, gambar dan video yang dimuat naik itu merupakan beberapa babak lakonannya sebelum bertudung yang dilakukan sebagai tujuan promosi.

"Saya benar-benar berhijrah pada akhir April lalu dan selepas berhijrah saya tidak pernah buka tudung dan Insya-Allah ia akan berterusan.

"Pengambaran drama Raya Ni Mesti Kahwin dilakukan sebelum saya berhijrah lagi, jadi tolonglah faham dan jangan terlalu cepat menuduh sebelum mengetahui hal sebenar," katanya.

Nina menulis status di Instagram pada Ahad bagi menjelaskan tindakannya memuat naik gambar-gambar dan video sebelum bertudung.

Antara komen daripada penguna Instagram yang mempersoalkan penghijrahannya.


Beberapa pengikutnya di laman sosial tersebut telah mempersoalkan penghijrahaannya apabila dia mempromosi drama-drama tidak bertudung yang bakal bersiaran tidak lama lagi.

"Saya berbuat demikian kerana mempromosi drama yang saya lakonkan itu kerana ia adalah salah satu perkara yang tertulis dalam kontrak yang saya persetujui.

"Betul, mungkin saya belum sempurna, saya masih memakai solekan dan memakai selendang yang tidak cukup panjang, namun soalan saya, adakah anda cukup sempurna untuk mempersoalkan apa yang saya lakukan," soalnya.

Tambahnya, sebagai insan yang baharu mula berhijrah, dia belajar sedikit demi sedikit untuk mencari kesempurnaan sebagai seorang muslimah sejati.

Malah, dia berharap peminat dan pengikutnya sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya daripada terus memfitnah atau mengecam segala tindakan yang dilakukan.
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved