Kanak-Kanak Diculik Van Putih Untuk Organ Berita PALSU

[x]

Kanak-Kanak Diculik Van Putih Untuk Organ Berita PALSU

on Sunday 22 June 2014



Walaupun Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah membuat penafian tentang khabar angin bahawa terdapat sindiket menculik kanak-kanak menaiki van putih, cerita ini didapati terus disebarkan terutama menerusi laman sosial dan aplikasi WhatsApp.

Antara yang disebarkan adalah gambar van putih ‘dimaksudkan’ bersama gambar kanak-kanak dengan organ terkeluar dari badan.

Bagaimanapun, gambar kanak-kanak tersebut nyata palsu kerana ia sebenarnya gambar kanak-kanak Syria yang menjadi mangsa pengeboman.

Lagi pun seingat penulis, kisah van putih menculik kanak-kanak untuk mendapatkan organ iniumpama ‘urban legend’ yang sudah disebarkan sejak bertahun-tahun lalu termasuk ketika penulis masih di bangku sekolah.

Apa pun, walaupun pihak yang memulakan kerja mengedit dan menyebarkan info yang disertakan gambar palsu ini mungkin berniat mahu ibu bapa lebih berjaga-jaga dalam menjaga anak-anak, perbuatan ini tetap salah kerana ia boleh menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat.

Justeru diharapkan berita palsu ini berhenti disebarkan manakala ibu bapa, teruslah mengambil langkah berjaga-jaga dalam mengawasi anak-anak anda kerana banyak juga kes hilang anak dan penculikan sememangnya telah berlaku atas pelbagai alasan terutama kecuaian. 
sumber: mynewshub
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved