Pencuri Ambil Kesempatan Curi Tayar Kereta Ketika Solat Jumaat

[x]

Pencuri Ambil Kesempatan Curi Tayar Kereta Ketika Solat Jumaat

on Sunday, 22 June 2014


KALAU dulu-dulu, kes hilang selipar atau kasut selepas solat Jumaat adalah sesuatu yang biasa didengar.

Pada waktu itu, mungkin ramai yang bersangka baik dengan menganggap ada insan yang tertukar selipar sewaktu mahu pulang.

Namun, sekarang senarionya cukup berbeza.

Solat Jumaat ternyata menjadi kesempatan oleh para penyamun untuk melakukan kerja keji mereka termasuklah memecahkan tingkap kenderaan bagi mengambil barang berharga di dalam kereta yang diletakkan di luar masjid.

Terbaru, menerusi gambar yang dikongsi di Facebook Nescafeais.com, seorang warga emas mengalami nasib malang apabila kesemua tayar keretanya dicuri sewaktu sedang menunaikan ibadah solat.

Ternyata pencuri tersebut mengambil kesempatan sewaktu semua jemaah berada di dalam masjid dan keadaan di kawasan tempat letak kereta juga sunyi.

Mungkinkah selepas ini sukarelawan atau polis perlu bertugas menjaga kawasan letak kereta masjid setiap kali solat Jumaat bagi menghalang jenayah sebegini daripada terus berleluasa?
sumber:  MYNEWSHUB.MY
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved