Anak Kucing Terperangkap Dalam Suspensi Kereta

[x]

Anak Kucing Terperangkap Dalam Suspensi Kereta

on Friday 20 June 2014


RASA ingin tahu menyebabkan seekor anak kucing hampir terbunuh selepas terperangkap dalam suspensi sebuah kenderaan SUV.

Bagaimanapun idea mekanikal pemilik kenderaan dan orang ramai yang menyedari kewujudan seekor kucing dalam gegelung besi berkenaan berjaya menyelamatkan anak kucing itu.

Detik cemas itu dapat dilihat menerusi sebuah video dari Rusia yang dimuatkan di laman Youtube.

Selepas beberapa minit, gegelung besi itu berjaya ditanggalkan daripada kenderaaan pacuan empat roda berkenaan dan akhirnya usaha menyelamatkan anak kucing itu membuahkan hasil.
sumber: http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved